Tuesday, December 18, 2012

NASYID DI PUSAT PELINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN, SABAK BERNAM

MUQADDIMAH
Alhamdulillah, semalam ana sempat memenuhi jemputan pihak BAITUL IHSAN sebagai salah seorang Hakim Nasyid. Secara jujurnya ana angat terhibur melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh 7 kumpulan nasyid yang semuanya terdiri daripada kaum perempuan tersebut.

Sekadar Gambar Hiasan
 QASIDAH @ NASYID ?
Ada kumpulan yang betul-betul mempersembahkan NASYID namun ada juga yang menyampaikan dalam bentuk QASIDAH BURDAH. Secara asasnya memang Qasidah dan Nasyid sama namun ada kelebihan masing-masing yang telah membezakannya.

HUJAN
Bila sampai giliran kumpulan ke-enam (6) Hujan mula turun dengan lebatnya, tapi yang ana respect pemain darboukanya x berganjak walaupun belakang dah lencun kene hujan hinggalah penganjur menangguhkan pertandingan dan beralih ke dewan atas .

PELIK TAPI BENAR
Sepanjang ana menjadi Hakim Nasyid, ini adalah kali pertama ana jumpa suasana yang agak menarik hati. rasa-rasanya lawak pun ada , walaupun 7 orang beraksi atas pentas tapi ada rakan-rakan lain yang menyanyi sebagai " backup singer " memang sedap tetapi sedikit pun tidak menjejaskan markah yang juri beri. Memang nampak semangat sepasukan tapi tidak kena caranya ( Harap dapat diperbetulkan ).

Ada juga rakan-rakan yang duduk di kerusi penonton menepuk tangan beramai-ramai iku rentak bersama-sama peserta atas pentas. Namun tindakan bertepuk tangan ini dianggap tidak sesuai dalam persembahan nasyid apatahlagi lagunya berbentuk QASIDAH (Naik Syeikh agaknya :) ....... )

Kenangan Bersama Bro Zaidi WILDAN
& Bro Hafizul AFNAN pada 2007
KESIMPULAN
Selain ana, 2 lagi juri iaitu USTAZ HAFIZ MASLAN, UNIT MUAALAF dan USTAZ IBNU SINA, PAIDSB .. Secara keseluruhan ana anggap kualiti adalah sederhana dan baik. Semua peserta sangat bersungguh hingga ada yang menangis kerana menghayati liriknya. Usaha BAITUL IHSAN ini sangat-sangat dipuji dan ianya dilihat terkesan dan lagu-lagu yang dipilih sangat memperlihatkan kesedaran dan keinsafan dalam ruang hati para penghuni rumah-rumah perlindungan wanita yang menyertai.
Oleh HAZIZUL BIN MASDIN

No comments: