Saturday, November 03, 2012

SHOW WALIMATUL URUS DI CHENG MELAKA


Assalamualaikum,,, Mudah-mudahan Allah memberikan keberkatan kepada kita semua, 

Alhamdulillah semalam selesai sudah persembahan kami di wedding salah seorang GENG DVISION iaitu saudari Aimi Kunyit Melaka yg berlangsung di Cheng Melaka. Kami sampai disana pada jam 2.45 pagi walaupun waktu sebenar persembahan pada jam 11 pagi.

Kali ini DVISION diiringi dengan live percussion yg dibantu oleh adik-adik seperti Shahril, Fikri dan Asu dari kumpulan As-Sodiq. Kami bersyukur PA Sistem yang dicadangkan oleh tuan rumah iaitu ADAM MUSIC STUDIO sangat2 memenuhi kehendak persembahan, walaupun barangnya brand lama tapi kualiti bunyi termasuk settingnya sangat2 baik dan agak baik berbanding set2 yang pernah kami jumpa. 

Kami sangat berterima kasih kepada keluarga saudari Kunyit Melaka yang kami anggap sangat 'take care' dengan kabajikan kami sepanjang berada di sana. Apa yang penting, kehadiran kami sedikit sebanyak dapat memberi keceriaan kepada majlis semalam, dan feedback dari tetamu dan tuan rumah sangat baik dan mereka sgt berpuashati dengan persembahan kami, Syukran jazilan wa kathiran kepada semua yang terlibat ... kami lampirkan beberapa keping gambar namun kalian boleh semak full album di FAGE FB kami, berjumpa lagi

No comments: