Persandingan Umi Nazira dan pasangannya Muhd Al-Dhiaulhaq |
Assalamualaikum ....
Apa khabar semua Geng Dvision, sekali lagi kami merafa'kan selangit kesyukuran ke Hadrat Allah SWT kerana memberi kami peluang show hari ini. Kali ini kami diundang oleh Breg. Jeneral Haji Sanusi untuk mengadakan persembahan sempena persandingan puteri beliau yang kami anggap cukup meriah.
Memang tidak dinafikan kami sangat tidak berpuashati dengan kualiti PA SISTEM namun ia dikira bolehlah utk sebuat majlis persandingan. Bersama ini kami coretkan beberapa rentetan sepanjang aktiviti kami di sana :) ....
8.30 pagi :
Kami sampai di hadapan Dewan Ababil, TUDM Subang
Setelah bersarapan kami pun mula buat sound check di dewan, opps xde monitor kami dah agak kemungkinan masalah ini akan berlaku. kami adjust speaker yg ada ...
12.00 Tghri :
Setelah puas lepak2, kami pun bingkas bangun untuk menukar pakaian ... ( Kali ni kami pakai kot Putih, seluar hitam dan mafla )
12.30 Tghri :
Inilah saat ketibaan pengantin dan kami memulakan perkhidmatan dengan membaca selawat bagi mengiringi kehadiran kedua mempelai ke pelamin.
1.00 Petang :
- Kami mula mengadakan persembahan, yang menariknya persembahan kali ini dimulakan dengan nyanyian solo saudara Izhar sambil 2 orang lagi main Cajon dan Darbouka untuk lagu Wanita ( DeHearty )
- Antara lagu yang kami sampaikan ialah Assalamualaikum, Kekayaan Hati, Kelahiran Agung, dan lagu Khas Selamat Pengantin Baru nyanyian asal Puan Sri Saloma yang kami nyanyikan dalam versi acapela nasyid ...
2.00 Petang
Selesai Solat kami mula berkemas utk balik, namun Hujan yang sangat lebat menyebabkan kami tangguhkan dan ambil keputusan utk makan ...
3.00 Petang
1 comment:
Ngah tunggu Izhar pulak jadi sebahagian keluarga :)
Post a Comment