Wednesday, March 12, 2014

Saksikan persembahan DVISION selama 2 malam berturut-turut di Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-35 di Dewan Auditorium MBSA Shah Alam



Friday, December 06, 2013

DVISION MENJADI JURI PERTANDINGAN NASYID DI PASIR TUNTONG

Selain menjadi Juri, DVISION juga akan membuat persembahan


Sunday, October 13, 2013

SALAM EDUL ADHA


Semua ahli DVISION dengan penuh takzim mengucapkan Selamat Hari Raya Edul Adha buat semua penyokong-penyokong dan rakan-rakan seperjuangan. Mudah-mudahan kita semua menghayati erti pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. dan Nabi Allah Ismail a.s. serta mampu menjadi hamba yang sanggup bersusah payah demi agamanya..

Monday, July 15, 2013

DVISION : SALAM RAMADHAN


Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh


Ramadhan datang lagi, syukur kerana Allah telah beri lagi peluang bertemu Ramadhan, Kebiasaanya time ni kumpulan-kumpulan Nasyid tanah air tentunya berusaha meraikan jemputan persembahan untuk program Ramadhan. 

Ramadhan kali ni nampaknya DVISION sibuk dengan program lain, bagi sdra Hafizie ini adalah tahun pertama beliau berniaga di Bazar Ramadhan, Kebiasaanya beliau sekadar membantu ibu bapanya berniaga namun tahun ini perniagaannya berkembang kepada 2 cawangan, ( Kalau nak jumpa Hafizie korang semua boleh cari di Bazar Ramadhan depan Tesco  Kuala Selangor, mungkin beliau tengah kipas satay ) :)

Ustaz Hazizul pula dengar khabarnya juga sibuk dengan tugas sebagai Bilal dalam Program Kembara Ramadhan ke masjid-masjid. Bila tengok jadual memang padat dan sendat ( kalau korang nak jemput beliau boleh call direct )

Sdra Izhar pula sudah pastinya Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya, ialah mana tidaknya tengah darah manis, maklumlah masih pengantin baru, kemana sahaja mesti berdua. hahahaha

Di kesempatan ini admin mewakili semua ahli DVISION ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan semoga kita semua dapat bersungguh-sungguh merebut segala ganjaran yang Allah hamparkan pada bulan yang penuh barokah ini . Insya Allah.


P/S : DVISION sedia menerima undangan Persembahan Pentas untuk Ramadhan mahupun Rumah terbuka Syawal. ( kekosongan tarikh hanya pada jumaat - ahad sahaja ) Sila sms atau   call 0176455592 utk perhubungan

Saturday, May 11, 2013

Izhar Dvision
Alhamdulillah. Saudara Izhar Dvision akhirnya sah bergelar suami orang. Selama bertahun2 bercinta sejak dari bangku sekolah maka akhirnya termeterai ikatan kasih kedua mempelai yang mudah-mudahan penuh dengan mawaddah dan rahmah.

Pada majlis sama DVISION sempat membuat persembahan di Majlis yang berlangsung di Desa Coalfield. Kali ini kami terpaksalah membuat persembahan berdua sahaja, namun sebagai acara kemuncak kami jemput pengantin lelaki untuk sama-sama nyanyi lagu SELAMAT ULANGTAHUN KEKASIH dan seterusnya nyanyian solo pengantin lelaki khas ditujukan kepada pengantin perempuan yang berjudul WANITA  ..

Hafizie Dvision
Selesai wedding Izhar, maka hari ini 12 MEI tiba pula hari pertunangan seorang lagi ahli DVISION iaitu Hafizie. Majlis akan dijalankan pada jam 12.30 tengah hari di Kampung Sungai Sireh Tanjong Karang, Mudah-mudahan berterusan ke ikatan yang halal. amin

Wednesday, March 27, 2013

DVISION : Malam Cinta Rasul, Muslim Fest 2013

Assalamualaikum, pada malam ini 28 MAC 2013 ( KHAMIS ), jam 9 malam. Dvision akan bersama-sama warga penduduk Masjid As-Salam Puchong Perdana bagi menyemai rasa cinta dan rindu kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW ..

Kepada Geng Dvision yang duduk berhampiran bolehlah sama-sama meraikannya agar rasa kecintaan terhadap Rasul SAW terus mekar dan subur didalam jiwa kita .. aminn


Saturday, March 16, 2013

DVISION : JURI PERTANDINGAN NASYID DAN MARHABAN KARNIVAL PERTANIAN DAN MESRA BELIA ASTRO

PERTANDINGAN NASYID DAN MARHABAN


Alhamdulillah bermula jam   9 pagi kelihatan kumpulan-kumpulan nasyid dan marhaban berkumpul untuk pendaftaran Pentandingan Nasyid dan Marhaban Sempena Karnival Pertanian dan Mesra Belia Astro di Padang Astaka Tanjong Karang. Ustaz Hazizul dan Sdr. Hafizi kali ini diberi tugas sebagai juri  bermula pagi sampai ke petang .. Pertandingan ini menyaksikan 13 pasukan nasyid dan 8 pasukan marhaban berentap bagi menonjolkan  kemampuan masing-masing.

Para Juri kelihatan ceria 

FOSITIF

Cuaca yang sangat baik sangat-sangat membantu kelancaran pertandingan. Pertandingan dimulakan lebih kurang dalam jam 10 pagi dan berhenti  rehat pada jam 1.30 petang bagi memberi laluan menunaikan solat fardhu Zuhur.  Pada jam 2.15 pertandingan disambung semula dengan baki persembahan dari 1 pasukan marhaban dan 3 pasukan nasyid .

NEGATIF

Dalam banyak-banyak program yang besar yang pernah sertai, inilah PA Sistem yang paling teruk dan sangat menyakitkan hati. Kenduri kawin pun lagi sedap dari mereka. Apa tidaknya, pasang set kejap speaker kanan on kadang-kadang speaker kiri pula yang on … Mic asyik masalah je sampai suara backup vocal pun susah juri nak dengar … sangat-sangat mengecewakan ….

..... akan bersambung 

Friday, February 01, 2013

PELANCARAN SINGLE PERTAMA DVISION " SELAMAT ULANGTAHUN KEKASIH "

Alhamdulillah akhirnya kami dapat juga menyiapkan single pertama ini. Ia buat pertama kalinya telah diperdengarkan kepada khalayak umum pada 24 JAN 2013 yang lalu sempena Sambutan Maulidurrasul di Tanjong Karang ...

Komen dan sokongan dari peminat dan rakan-rakan sangat kami hargai dan harap kalian terus menyokong usaha dakwah kami ..


Terima kasih tidak terhingga kepada En Borhan iaitu Pengasas CENDOL DURIAN BORHAN yang sudi menaja keseluruhan kos untuk single ini ....

Saturday, January 19, 2013

Single Pertama DVISION " SELAMAT ULANGTAHUN KEKASIH "


Ustaz Hazizul ketika rakaman
Bro Hafizie dan Izhar ketika Rakaman
Alhamdulillah, Pada 17 dan 18 JAN yang lalu kami telah bertungkus lumus utk proses rakaman bagi single pertama kami SELAMAT ULANGTAHUN KEKASIH yang didedikasikan khas buat Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW ... Lagu yang bertemakan cinta suci ini dicipta sepenuhnya oleh Ustaz Hazizul Masdin. 

Selain masa yang singkat, kami juga pada peringkat awal menghadapi masalah apabila vokal utama Ustaz Zul masih belum pulih serak suara akibat batuk dan selsema, namun akhirnya dapat juga selesaikan rakamannya.

Peringkat awal kami telah berbincang dengan Bro Khairul MESTICA dan dibantu oleh Bro Syazman CALIFH dan dipantau oleh Bro Razin MESTICA dan Bro Ratno KUMPULAN CHERITA ... Manakala Music Arrangement oleh Saudara Wan Salehudin 

Nantikan kemunculan Single SELAMAT ULANGTAHUN KEKASIH pada 24 JAN 2013 dalam Sambutan Maulidurrasul Peringkat Negeri Selangor di Stadium Tertutup Shah Alam jam 8 pagi ...

Bro Razin MESTICA tidak kedekut beri idea
Bro Razin fokus dalam proses rakaman
Bersantai dengan penuh debaran sebelum rakaman




Saturday, December 22, 2012

SHOW DI DEWAN ABABIL, TUDM SUBANG

Persandingan Umi Nazira dan pasangannya Muhd Al-Dhiaulhaq
Assalamualaikum ....
Apa khabar semua Geng Dvision, sekali lagi kami merafa'kan selangit kesyukuran ke Hadrat Allah SWT kerana memberi kami peluang show hari ini. Kali ini kami diundang oleh Breg. Jeneral Haji Sanusi untuk mengadakan persembahan sempena persandingan puteri beliau yang kami anggap cukup meriah. 

Memang tidak dinafikan kami sangat tidak berpuashati dengan kualiti PA SISTEM namun ia dikira bolehlah utk sebuat majlis persandingan. Bersama ini kami coretkan beberapa rentetan sepanjang aktiviti kami di sana :) ....

8.30 pagi :
Kami sampai di hadapan Dewan Ababil, TUDM Subang

DVISION bergambar sebelum acara
Keadaan dewan sebelum acara bermula











9.00 pagi :
Setelah bersarapan kami pun mula buat sound check  di dewan, opps xde monitor kami dah agak kemungkinan masalah ini akan berlaku. kami adjust speaker yg ada ...

12.00 Tghri :
Setelah puas lepak2, kami pun bingkas bangun untuk menukar pakaian ... ( Kali ni kami pakai kot Putih, seluar hitam dan mafla )

12.30 Tghri :
Inilah saat ketibaan pengantin dan kami memulakan perkhidmatan dengan membaca selawat bagi mengiringi kehadiran kedua mempelai ke pelamin.

Saudara Izhar
DVISION beselawat pengantin











1.00 Petang : 
- Kami mula mengadakan persembahan, yang menariknya persembahan kali ini dimulakan dengan nyanyian solo saudara Izhar sambil 2 orang lagi main Cajon dan Darbouka untuk lagu Wanita ( DeHearty )
- Antara lagu yang kami sampaikan ialah Assalamualaikum, Kekayaan Hati, Kelahiran Agung, dan lagu Khas Selamat Pengantin Baru nyanyian asal Puan Sri Saloma yang kami nyanyikan dalam versi acapela nasyid ...


Ustaz Hazizul
Saudara Mohd Hafizie











2.00 Petang
Selesai Solat kami mula berkemas utk balik, namun Hujan yang sangat lebat menyebabkan kami tangguhkan dan ambil keputusan utk makan ... 

3.00 Petang
Balik semula ke Kuala Selangor
Lebih gambar di sini :  http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10152374962550022.944957.397718475021&type=3

Tuesday, December 18, 2012

NASYID DI PUSAT PELINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN, SABAK BERNAM

MUQADDIMAH
Alhamdulillah, semalam ana sempat memenuhi jemputan pihak BAITUL IHSAN sebagai salah seorang Hakim Nasyid. Secara jujurnya ana angat terhibur melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh 7 kumpulan nasyid yang semuanya terdiri daripada kaum perempuan tersebut.

Sekadar Gambar Hiasan
 QASIDAH @ NASYID ?
Ada kumpulan yang betul-betul mempersembahkan NASYID namun ada juga yang menyampaikan dalam bentuk QASIDAH BURDAH. Secara asasnya memang Qasidah dan Nasyid sama namun ada kelebihan masing-masing yang telah membezakannya.

HUJAN
Bila sampai giliran kumpulan ke-enam (6) Hujan mula turun dengan lebatnya, tapi yang ana respect pemain darboukanya x berganjak walaupun belakang dah lencun kene hujan hinggalah penganjur menangguhkan pertandingan dan beralih ke dewan atas .

PELIK TAPI BENAR
Sepanjang ana menjadi Hakim Nasyid, ini adalah kali pertama ana jumpa suasana yang agak menarik hati. rasa-rasanya lawak pun ada , walaupun 7 orang beraksi atas pentas tapi ada rakan-rakan lain yang menyanyi sebagai " backup singer " memang sedap tetapi sedikit pun tidak menjejaskan markah yang juri beri. Memang nampak semangat sepasukan tapi tidak kena caranya ( Harap dapat diperbetulkan ).

Ada juga rakan-rakan yang duduk di kerusi penonton menepuk tangan beramai-ramai iku rentak bersama-sama peserta atas pentas. Namun tindakan bertepuk tangan ini dianggap tidak sesuai dalam persembahan nasyid apatahlagi lagunya berbentuk QASIDAH (Naik Syeikh agaknya :) ....... )

Kenangan Bersama Bro Zaidi WILDAN
& Bro Hafizul AFNAN pada 2007
KESIMPULAN
Selain ana, 2 lagi juri iaitu USTAZ HAFIZ MASLAN, UNIT MUAALAF dan USTAZ IBNU SINA, PAIDSB .. Secara keseluruhan ana anggap kualiti adalah sederhana dan baik. Semua peserta sangat bersungguh hingga ada yang menangis kerana menghayati liriknya. Usaha BAITUL IHSAN ini sangat-sangat dipuji dan ianya dilihat terkesan dan lagu-lagu yang dipilih sangat memperlihatkan kesedaran dan keinsafan dalam ruang hati para penghuni rumah-rumah perlindungan wanita yang menyertai.
Oleh HAZIZUL BIN MASDIN

Saturday, November 03, 2012

SHOW WALIMATUL URUS DI CHENG MELAKA


Assalamualaikum,,, Mudah-mudahan Allah memberikan keberkatan kepada kita semua, 

Alhamdulillah semalam selesai sudah persembahan kami di wedding salah seorang GENG DVISION iaitu saudari Aimi Kunyit Melaka yg berlangsung di Cheng Melaka. Kami sampai disana pada jam 2.45 pagi walaupun waktu sebenar persembahan pada jam 11 pagi.

Kali ini DVISION diiringi dengan live percussion yg dibantu oleh adik-adik seperti Shahril, Fikri dan Asu dari kumpulan As-Sodiq. Kami bersyukur PA Sistem yang dicadangkan oleh tuan rumah iaitu ADAM MUSIC STUDIO sangat2 memenuhi kehendak persembahan, walaupun barangnya brand lama tapi kualiti bunyi termasuk settingnya sangat2 baik dan agak baik berbanding set2 yang pernah kami jumpa. 

Kami sangat berterima kasih kepada keluarga saudari Kunyit Melaka yang kami anggap sangat 'take care' dengan kabajikan kami sepanjang berada di sana. Apa yang penting, kehadiran kami sedikit sebanyak dapat memberi keceriaan kepada majlis semalam, dan feedback dari tetamu dan tuan rumah sangat baik dan mereka sgt berpuashati dengan persembahan kami, Syukran jazilan wa kathiran kepada semua yang terlibat ... kami lampirkan beberapa keping gambar namun kalian boleh semak full album di FAGE FB kami, berjumpa lagi

Saturday, October 06, 2012

EKSPRESI CINTA RASUL

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga menyempurnakan program ini. Selain DVISION turut mengambil bahagian malam ini ialah RABBANI, HIJJAZ, IN-TEAM, AL-FARABI BAND, MESTICA, DZIL AFNAN, dan FERHAD dan ramai lagi . 

 Ustaz Zul & Hafizi

 Ustaz Zul & Bro Razin MESTICA

 Hafizi & Bro Isman HIJJAZ

Hafizi & DZIL AFNAN (Kedah)

Tentatif Program

- Ustaz Hazizul Masdin dari kumpulan DVISION telah membacakan rawi berzanji sebagai Muqaddimah program
- Diikuti lagu Assolatuwassalam(Raihan) yang dinyanyikan oleh adik-adik team Ferhad dan dibantu oleh Bro Razin MESTICA dan MUADZ yang sangat harmoni
- Agak gempak juga apabila HIJJAZ datang dengan kereta parking betul2 depan hadirin dan mengetuai lagu Rasulullah yang cukup sinonim dengan mereka.
- Disambung pula sedikit Tazkirah yang menarik hati semua hadirin dan dilakukan dengan cukup santai
- Semua berselawat beramai-ramai
- Kemudian USTAZ NAZMI datang dengan motor berkuasa besar dan memberikan tazkirah dari atas motor sahaja, memang sangat teruja melihatnya.
- Paling gempak kita dapat sama2 menyaksikan lagu selawat yg disampaikan oleh ALFARABI BAND secara live .... majlis diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Nazmi

Friday, October 05, 2012

XPRESI CINTA RASUL

Assalamualaikum kepada semua Geng-Geng Dvision, 
Bukti kecintaan kepada Rasulullah SAW
Dunia hari ini galak memperkatakan dan mempertikaitindakan musuh2 Islam yang menghina Rasulullah SAW . Semua pihak nampaknya galak mengadakan demontrasi sebagai bantahan dan mengukuhkan pendirian  sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam membela Junjungan Besar kita Nabi yang disayangi Nabi Muhammad SAW . 

Justeru itu, DVISION menyahut seruan untuk meluahkan kecintaan kepada Baginda dengan sama2 menyertai program XPRESI CINTA RASUL yang dijangka berlangsung pada 6 OKTOBER di Shah Alam. Kami menyeru anda untuk turut sama meramaikan dan menyokong usaha tersebut. Ramai para Daie yang akan terlibat dalam program ini di antaranya seperti RABBANI, IN-TEAM, MESTICA, CALIFH, WILDAN, DAMAI, ALFARABI BAND dan ramai lagi .  

Jom pakat reramai datang ye !!!!

Tuesday, August 14, 2012

SALAM AIDILFITRI 1433H

Di kesempatan ini, kami menyusun 10 jari dengan rendah hati memohon kemaafan kepada semua rakan-rakan atas salah silap dan kekhilafan secara terang atau samar yang mungkin berlaku atas kurang pekanya kami .

Kami juga ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI kepada anda semua yang tidak jemu-jemu menyokong usaha dakwah kami. Mudah-mudahan kita sama-sama menjaga keselamatan diri dan keluarga sepanjang Syawal ini . . . . .






Friday, July 20, 2012

Assalamulaikum,

Alhamdulillah hari ini DVISION dan semua rakan berpuasa buat hari yang pertama, Kami yakin anda semua tentu teruja sebab pelbagai persiapan telah sama-sama kita lakukan bagi menyambut ketibaan Ramadhan yang diberkati ini.

Semalam sempat juga kami ke pasar, dan memang seperti dijangkakan ramai orang berduyun-duyun datang untuk mencari pelbagai bahan untuk persiapan sahur.

Tarawih di masjid pada malam pertama tadi juga cukup meriah dengan kehadiran jemaah yang cukup ramai ditambah kemeriahan dengan jeritan kanak-kanak yang gembira berlari-lari sesama meraka.

Maka di kesempatan ini kami DVISION menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai kira kami pernah melakukan kesilapan dan kekhilafan sesama kita. Kami doakan kita sama-sama mendapat ganjaran yang setimpal dengan gandaan amal dalam Syaidusy Syahr ini. Aminnn



Tuesday, July 03, 2012

Saksikan penampilan istimewa Kumpulan IN-TEAM. IMAM MUDA FATTAH, USTAZAH AQIDAH ( USTAZAH PILIHAN ), USTAZ SUHAIMI AHMAD WAKID dan DVISION sempena FORUM PERDANA PENGHAYATAN RAMADHAN



Sunday, April 01, 2012

 PAS PERCUMA KONSERT ANUGERAH NASYEED.COM 2012 
( Khusus untuk ahli Fan DVISION )

Tawaran menyaksikan KONSERT ANUGERAH NASYEED.COM 2012 ... Terbuka kepada 10 ahli Fan DVISION yang terawal request dan menjawab 1 soalan berkaitan DVISION dgn tepat sahaja akan dipilih ... hanya request dalam page FB DVISION sahaja diterima ... CEPAT !!!!!!!!!!!!


Saturday, March 31, 2012



T-SHIRT DVISION ( RM25.00 sehelai ) tempahan dibuka sekarang !!!!