Saturday, March 16, 2013

DVISION : JURI PERTANDINGAN NASYID DAN MARHABAN KARNIVAL PERTANIAN DAN MESRA BELIA ASTRO

PERTANDINGAN NASYID DAN MARHABAN


Alhamdulillah bermula jam   9 pagi kelihatan kumpulan-kumpulan nasyid dan marhaban berkumpul untuk pendaftaran Pentandingan Nasyid dan Marhaban Sempena Karnival Pertanian dan Mesra Belia Astro di Padang Astaka Tanjong Karang. Ustaz Hazizul dan Sdr. Hafizi kali ini diberi tugas sebagai juri  bermula pagi sampai ke petang .. Pertandingan ini menyaksikan 13 pasukan nasyid dan 8 pasukan marhaban berentap bagi menonjolkan  kemampuan masing-masing.

Para Juri kelihatan ceria 

FOSITIF

Cuaca yang sangat baik sangat-sangat membantu kelancaran pertandingan. Pertandingan dimulakan lebih kurang dalam jam 10 pagi dan berhenti  rehat pada jam 1.30 petang bagi memberi laluan menunaikan solat fardhu Zuhur.  Pada jam 2.15 pertandingan disambung semula dengan baki persembahan dari 1 pasukan marhaban dan 3 pasukan nasyid .

NEGATIF

Dalam banyak-banyak program yang besar yang pernah sertai, inilah PA Sistem yang paling teruk dan sangat menyakitkan hati. Kenduri kawin pun lagi sedap dari mereka. Apa tidaknya, pasang set kejap speaker kanan on kadang-kadang speaker kiri pula yang on … Mic asyik masalah je sampai suara backup vocal pun susah juri nak dengar … sangat-sangat mengecewakan ….

..... akan bersambung