Saturday, May 11, 2013

Izhar Dvision
Alhamdulillah. Saudara Izhar Dvision akhirnya sah bergelar suami orang. Selama bertahun2 bercinta sejak dari bangku sekolah maka akhirnya termeterai ikatan kasih kedua mempelai yang mudah-mudahan penuh dengan mawaddah dan rahmah.

Pada majlis sama DVISION sempat membuat persembahan di Majlis yang berlangsung di Desa Coalfield. Kali ini kami terpaksalah membuat persembahan berdua sahaja, namun sebagai acara kemuncak kami jemput pengantin lelaki untuk sama-sama nyanyi lagu SELAMAT ULANGTAHUN KEKASIH dan seterusnya nyanyian solo pengantin lelaki khas ditujukan kepada pengantin perempuan yang berjudul WANITA  ..

Hafizie Dvision
Selesai wedding Izhar, maka hari ini 12 MEI tiba pula hari pertunangan seorang lagi ahli DVISION iaitu Hafizie. Majlis akan dijalankan pada jam 12.30 tengah hari di Kampung Sungai Sireh Tanjong Karang, Mudah-mudahan berterusan ke ikatan yang halal. amin