Monday, August 17, 2009

Kenangan bersama Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim ( Rabbani )

Muqaddimah
  • Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh
  • saya teringat sebuah pantun yang berbunyi :

Pulau Pandan jauh ke tengah Gunung Daik bercabang tiga Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik dikenang

  • Ramai rakan-rakan dan peminat2 nasyid menagisi pemergian almarhum sebagai seorang pendakwah dan ' Lagenda Nasyid ' termasuklah saya dan rakan2 di dalam DVISION .
  • Sampai ke saat ini saya masih merasakan sebak dan merasakan satu kehilangan yang besar .

Sejarah Perkenalan

Kali pertama

  • Dulu time sekolah rendah dan menengah saya selalu bawak lagu2 Rabbani time persembahan . sebab saya mmg suka Rabbani .
  • Time lower six dulu Ustaz Asri dan Rabbani ada datang buat persembahan di Padang Astaka Dewan Dato' Hormat Tanjong Karang . so malam tu saya mmg teruja sebab dapat tengok Rabbani buat live
  • Rabbbani terus mempelawa sesiapa yang nak nyanyi di atas pentas .
  • Kuang ajar punya member , diaorang pakat kenekan saya . last2 saya terpaksa gak naik pentas . that fisrt time saya salam idola nasyid saya
  • Saya bawak lagu yang tengah top masa tu INTIFADA ... lum abis nyanyi us Asri cut sebab katanya takut rabbani x dapat carik makan ... hahahahaha
  • sejak tu , kat sekolah semua panggil saya abg Gjol Rabbani .. hahahahah lawak2

Kali kedua

  • Time saya handle Pertandingan Festival Nasyid di Masjid Negeri Selangor Shah Alam tahun 2006 , time tula saya jumpa us Asri . beliau dijemput sebagai juri dan diberi penghormatan melaungkan azan live untuk solat fardu asar ... subhanallah mmg lunak suaranya .

Kenangan

  • Setelah DVISION melepasi last audition , Us Asri mmg beria2 nak DVISION bawak lagu Maulana , pasal tula kalau korang semua perasan minggu pertama di Akademi Nasyid kami bawak lagu tu .
  • Selepas tu us Asri jumpa saya , dia pesan jgn tanggal songkok walau siapa pun yang larang , kita kene jaga imej katanya .
  • Us Asri mmg terlalu amik berat dengan DVISION , dia harap2 sangat kalau DVISION dan EDA FAZILAH masuk final .
  • Alhamdulillah kami berjaya gak masuk final
  • minggu ke 5 mmg agak memeritkan sebab kami kene bawak lagu mentari merah diufuk timur . semua kumpulan xnak lagu tu sebab susah termasuklah DVISION .
  • Tapi Us Asri bagi semangat dan beliau jemput kami ke studio Rabbani di Manjalara
  • Beliau buat kelas khas untuk kami dan x ketinggalan bersama kumpulan FARHAN yang bawak lagu Satu Qiblat yang Sama
  • Bulan puasa tahun lepas beliau banyak bagi show kat DVISION . Syukran jazilan
  • Bulan 2 2009 saya sempat minum bertiga dengan us Asri dan bro Azmi manap di batu 3 shah alam . mmg beliau universal sbb leh sembang semua cerita .
  • Time tu saya janji nak bantu beliau promosi kopi rabbani kat kuala selangor tapi x kesampaian
  • Bulan 3 2009 last saya jumpa beliau .
  • Saya ada anjurkan festival terbuka kuala selangor di stadium kuala selangor
  • Saya jemput beliau jadi juri .
  • Saya katakan pada beliau yang saya nak beli album nada murni yang terbaru . beliau kata x payah beli dan hadiahkan saya cd tersebut
  • sampai sekarang saya simpan .... aduh sebak rasanya .

Saat paling memilukan

  • 11.30 pagi 13 ogos saya terima panggilan dari sahabat bahawa Us Asri dan kembali ke rahmatullah . saya macam x percaya dan anggap member saya buat lawak bodoh .
  • Saya terus call abg dakmi . dia kata dia pun on the way ke hospital pantai PJ . saya terus mohon pelepasan dari bos dan gerak ke shah alam .
  • Saya janji ngan abng nuar FARHAN .
  • Kami g 2 kereta bersama dengan member dari SAUJANA dan DEVOTEES .
  • Sebelum asar kami sampai di Kampung Bukit Lancong ... time tu lum ramai lg .
  • Saya sempat baca yasin dan doa tahlil .
  • Llepas asar mmg ramai datang , mmg sesak time tu . jenazah almarhum selamat dikebumikan selepas solat fardhu maghrib ....
  • AL-FATIHAH

Ustaz Asri , kau tetap dalam ingatan kami , semangat dakwahmu sentiasa mekar bersama kami dan kami akan terus menyambung perjuanganmu ... tenanglah rohmu disana bersama roh para solihin .... aminnn

" Pemergianmu sukar ku cari ganti "