Monday, July 15, 2013

DVISION : SALAM RAMADHAN


Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh


Ramadhan datang lagi, syukur kerana Allah telah beri lagi peluang bertemu Ramadhan, Kebiasaanya time ni kumpulan-kumpulan Nasyid tanah air tentunya berusaha meraikan jemputan persembahan untuk program Ramadhan. 

Ramadhan kali ni nampaknya DVISION sibuk dengan program lain, bagi sdra Hafizie ini adalah tahun pertama beliau berniaga di Bazar Ramadhan, Kebiasaanya beliau sekadar membantu ibu bapanya berniaga namun tahun ini perniagaannya berkembang kepada 2 cawangan, ( Kalau nak jumpa Hafizie korang semua boleh cari di Bazar Ramadhan depan Tesco  Kuala Selangor, mungkin beliau tengah kipas satay ) :)

Ustaz Hazizul pula dengar khabarnya juga sibuk dengan tugas sebagai Bilal dalam Program Kembara Ramadhan ke masjid-masjid. Bila tengok jadual memang padat dan sendat ( kalau korang nak jemput beliau boleh call direct )

Sdra Izhar pula sudah pastinya Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya, ialah mana tidaknya tengah darah manis, maklumlah masih pengantin baru, kemana sahaja mesti berdua. hahahaha

Di kesempatan ini admin mewakili semua ahli DVISION ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan semoga kita semua dapat bersungguh-sungguh merebut segala ganjaran yang Allah hamparkan pada bulan yang penuh barokah ini . Insya Allah.


P/S : DVISION sedia menerima undangan Persembahan Pentas untuk Ramadhan mahupun Rumah terbuka Syawal. ( kekosongan tarikh hanya pada jumaat - ahad sahaja ) Sila sms atau   call 0176455592 utk perhubungan