Friday, July 20, 2012

Assalamulaikum,

Alhamdulillah hari ini DVISION dan semua rakan berpuasa buat hari yang pertama, Kami yakin anda semua tentu teruja sebab pelbagai persiapan telah sama-sama kita lakukan bagi menyambut ketibaan Ramadhan yang diberkati ini.

Semalam sempat juga kami ke pasar, dan memang seperti dijangkakan ramai orang berduyun-duyun datang untuk mencari pelbagai bahan untuk persiapan sahur.

Tarawih di masjid pada malam pertama tadi juga cukup meriah dengan kehadiran jemaah yang cukup ramai ditambah kemeriahan dengan jeritan kanak-kanak yang gembira berlari-lari sesama meraka.

Maka di kesempatan ini kami DVISION menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai kira kami pernah melakukan kesilapan dan kekhilafan sesama kita. Kami doakan kita sama-sama mendapat ganjaran yang setimpal dengan gandaan amal dalam Syaidusy Syahr ini. Aminnn



No comments: